Ramai yang tersentuh dengan persembahan akhir ZERO

Biodata Kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega 2014. Nama Kumpulan Zero kini harum semerbak hasil persembahan konsisten mereka di Maharaja Lawak Mega 2014 setakat minggu ke 4. Naib Juara Raja Lawak Musim Ke 6 tahun 2012 (di belakang Shiro) yang berasal dari Daerah Kudat merupakan antara peserta yang paling cemerlang dengan idea-idea lawak yang bermutu tinggi dan baru dan hasilnya Kumpulan Zero telah mencipta rekod dengan mendapat 4 1/2 bintang di Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 4 yang lalu. 

Sudah tiba masanya bagi mereka yang tidak mengenali kumpulan ini untuk mengetahui latar belakang Kumpulan Zero yang terdiri daripada tiga adik beradik iaitu Syaiful (25), Sharif (23) dan Atu (21).

Tiga beradik ini mahu mencipta nama sebagai kumpulan pelawak adik beradik pertama yang berjaya di Malaysia selain mahu membantu keluarga mereka di kampung yang terletak di Kudat, Sabah.
Biodata Kumpulan Zero
Tonton video Kumpulan Zero di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 di SINI. atau LIVE STREAMING FINAL MLM 2014 di SINI

BIODATA KUMPULAN ZERO MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 (MLM 2014)
Peserta pertama: SYAIFUL
Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Peserta kedua: SHARIF
Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Peserta ke-3: ATU
Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :21 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan