Cara Menonton Televisyen di Telefon Bimbit secara PERCUMA!
Dalam kesibukan zaman kini, selain suratkhabar atau buku dah boleh dibaca melalui telefon bimbit (smartphone), sekarang siaran televisyen kegemaran pun kita boleh tonton menerusi telefon bimbit. Yang penting, ianya PERCUMA! PERCUMA!
Percuma di sini maknanya tak perlu bayar, tak ada terma dan syarat, yang ada cuma cara-caranya sahaja. Nanti korang ikut sahaja cara-caranya di bawah, boleh buat selagi mana menteri tak buat undang-undang baru. Antara siaran yang boleh akses adalah ASTRO,HYPPTV dan kalau sekitar Johor boleh dapat siaran TV Singapura. Semuanya melalui telefon bimbit anda!
Trik/Cara Menonton Televisyen di Telefon Bimbit secara PERCUMA.
1. Pertama sekali, untuk setting telefon bimbit anda supaya dapat siaran, pastikan televisyen ON. Tak kiralah tv di rumah atau kat mana-mana pun.
2. Kat TV tu boleh cuba buka mana-mana channel.
3. Pergi kat telefon bimbit anda, tekan pada ikon CAMERA.
4. Bila kamera telefon dah beroperasi, tujukan kamera tu pada skrin televisyen tadi. Kualiti gambar anda boleh adjust guna setting camera pada telefon bimbit.
5. Sekarang anda sudah berjaya menonton televisyen menerusi telefon bimbit anda.
Enjoy!!