Nora Danish Kena Intai Semasa Mandi!
Ada penduduk kampung yang berani melakukan perkara demikian sehingga Nora bertindak keluar dari bilik air dengan berkemban dan mengejar lelaki jahat itu. Nora bersama-sama mengejar lelaki itu dengan abang dan adiknya.
Namun begitu, pembaca jangan cepat membuat telahan kerana semuanya adalah sedutan dari filem terbaru yang berjudul Polis Evo. Melakonkan watak Anis dalam filem terbitan Astro Shaw itu, babak berkemban berikut merupakan antara adegan yang terkandung filem tersebut. Tetapi Nora tidaklah hanya berkemban dengan kain batik sahaja, namun dia juga memakai tuala yang menutupi bahagian atas tubuhnya.
Murai Batu sudah pun melihat filem ini. Apa yang boleh Murai Batu simpulkan, filem ini sangat menarik kerana ianya menampilkan sisi lain lakonan Nora. Dalam filem ini, Nora bertutur dalam dialek Terengganu sepenuhnya.
Selain Nora Danish, filem ini juga dibintangi oleh Zizan Razak, Shaheizy Sam, Eyka Farhana dan ramai lagi. Tak sabar rasanya untuk menantikan filem ini yang bakal menjengah pawagam pada 17 September 2015.
