HOW OLD DO I LOOK - CARA UNTUK MENGETAHUI UMUR WAJAH ANDA
Microsoft telah melancarkan laman dan aplikasi yang membuatkan beribu atau berjuta pengguna merasa tua sebelum waktunya.
Aplikasi ini akan membuat anggaran umur berdasarkan raut wajah anda sama ada anda kelihatan tua atau muda.
Walaupun menarik tapi aplikasi membuatkan beberapa pengguna rasa tidak selesa (risau) kerana mungkin tidak tergolong dalam golongan awet muda. Tentu seronok apabila anda sudah berumur 40an tapi dinyatakan sebagai 20an. Bagaimana pula jika anda berumur 20an tapi dinyatakan sebagai 40an?
Walaubagaimanapun, ada juga yang dianalisis mempunyai wajah yang muda seperti Madonna. Madonna berumur 56 tapi dikenalpasti berumur 27 tahun.
Bagi yang ingin mencuba, bolehlah pergi ke laman web ini, http://how-old.net/ #end