Anda mungkin RIAK tanpa sedar.
Riak dari segi perkataan maksudnya ‘memperlihatkan’, yakni menunjuk2 kepada orang bahawa kitalah yang paling baik, kitalah yang paling sederhana, kitalah yang paling soleh, kitalah yang paling boleh dijadikan contoh.
Kita boleh check diri dengan indikator riak di FaceBook ini:
- Bila depan orang, rajin. Contohnya rajin update FaceBook “Dah masuk Zuhur, jom solat!” tapi tak berganjak pun pegi solat, dan dalam hati terdetik ‘mesti kawan2 ingat aku rajin solat ni’. Tapi kalau update macam tu, lalu terus solat, dan takde pun niat nak dapat pujian ke apa… Alhamdulillah.
- Belakang orang, malas. Kat FaceBook punyalah pungpangpungpang tazkirah segala… tapi sebenarnya diri sendiri takde nye nak buat pun.
- Mengharapkan pujian. Update apa-apa tujuan nak like banyak, share banyak, komen banyak. Lagi banyak like, banyak share, banyak komen, jadi rasa kembang semangkuk. Takde like, takde komen, rasa fed-up. Pastuh bila ada orang tak setuju/tak puji, terus rasa sentap.
- Berhenti buat kebaikan bila terasa dengan orang. Nak share tentang sesuatu yang baik, tapi terfikir “Kalau aku share nanti kang orang ingat aku riak pulak. Takpelah, tak pasal2 kena tuduh riak nanti”. Maksudnya, dok fikir sangat tentang ‘nanti ORANG KATA kita riak’ lalu tak buat benda2 yang baik. Itupun riak tau.
Orang riak ni umpamanya macam ni – melakukan sesuatu kerana ‘orang’. Akhirnya segala perbuatan jadi sia-sia sebab Allah enggan beri pahala kerana buat sesuatu bukan kerana-Nya. Kalau buat kerana orang, atau tak buat kerana orang, nanti pahala minta la dengan orang tu. Tapi benda tak logik la tu kan.
Jadi, sebelum update status atau upload gambar di FaceBook,
- Banyakkan mengingati Allah, amalkan zikrullah sentiasa agar hati menjadi lunak dan lembut.
- Baca ‘Bismillahirrahmanirrahim’ sebelum publish status & fahamilah makna – ‘Dengan Nama Allah….’ bukan saja-saja lafaz je.
- Niatkan setiap update dan gambar yang diupload adalah kerana Allah, bukan nak tarik perhatian orang (dapat pujian).
- Bersikap sederhana…
Riak boleh merosakkan amalan-amalan kita.