Merekabentuk tempat tinggal dengan solat dan ibadat


Seorang Supervisor yang telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonanya kepada majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah. supervisor dgn berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak 'Design' rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.
Sebenarnya, ini lah yang terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'Design' & membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat... Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yang sangat-sangat memerlukan Allah. sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' & membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita Designnya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloi lah hasilnya.
Renungan Bersama... TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG ?.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahanya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya .Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu.

( Riwayat Attabarani dengan sanad yang sohih .Dikategorikan oleh Al-albani sebagai sohih dalam kitabnya سلسلة الأحاديث الصحيحة.
Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud ..panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda.Jangan terlepas ganjaran ini.

Peringatan : Jangan sembunyikan ilmu yang baik .